Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jawatan Muhyiddin Sebagai Timbalan Presiden UMNO Digantung Serta Merta

8:08pm 26/02/2016 Pak Roshan 114 views Mutakhir,Politik

3631

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuat kuasa serta-merta.

Mengumumkan perkara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata keputusan itu diambil selepas mesyuarat lebih dua jam yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun katanya, jawatan lain Muhyiddin dalam parti masih kekal. “Keputusan itu diambil selepas MT berpuas hati Muhyiddin gagal menjalankan tugasnya sebagai timbalan presiden mengikut fasal 9.8.1 Perlembagaan parti,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di Menara Dato Onn di sini, sebentar tadi.

Tengku Adnan berkata, MT membuat keputusan itu tanpa kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin tidak menghadiri mesyuarat MT UMNO hari ini walaupun mendapat jemputan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan