Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jauhi pengambilan dadah di tempat kerja

KOTA KINABALU: Penyalahgunaan dadah di tempat kerja boleh menyebabkan kesan yang negatif terhadap diri sendiri  dan kepada syarikat tempat bekerja.

Demikian ungkapan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid ketika berucap pada majlis penutupan program Cekap dan Pelancaran “2016 Substance Awareness Calendar” di Ibu Pejabat Polis Kepayan.

Jainab berkata satu penyelidikan antarabangsa yang ditaja oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) mendapati bahawa masalah dadah di 29 negara telah membawa kesan langsung ke atas ekonominya.

“Pekerja harus mengelakkan daripada terlibat dengan pengambilan dadah kerana boleh membawa kepada perubahan sikap yang mendadak serta membawa padah kepada keluarga dan di tempat kerjanya,” katanya.

Tambah beliau penggunaan dadah di tempat kerja kini merupakan masalah yang diberi perhatian secara global bukan sahaja daripada sektor perniagaan dan industri tetapi juga masyarakat.

Program tersebut mendapat penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pegawai, anggota polis dan kakitangan awam Polis Diraja Malaysia seluruh Sabah.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 Pelancaran “2016 Substance Awareness Calendar” -Gambar Oleh Alexion Mairin
Pelancaran “2016 Substance Awareness Calendar” -Gambar Oleh Alexion Mairin

Komen


Berita Berkaitan