Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,739

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jauhi gansterism dan penyalahgunaan dadah

6:19pm 06/12/2015 Ann Vivien 23 views Berita Pilihan,Jenayah,Tempatan
Jalaluddin bersama Ellron (tiga dari kiri) dan Yusof (empat dari kanan) dan Douglas (tiga dari kanan) memotong riben banteng perasmian program itu.

Jalaluddin bersama Ellron (tiga dari kiri) dan Yusof (empat dari kanan) dan Douglas (tiga dari kanan) memotong riben banteng perasmian program itu.

KENINGAU:  Golongan muda perlu menghindarkan diri daripada  sebarang kegiatan jenayah seperti penyalahgunaan dadah, gengsterizm dan sebagainya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Jalaluddin Bin Abdul Rahman berkata, golongan muda perlu sedar bahawa mereka adalah aset yang paling berharga di negara ini.

Katanya, walaupun pada masa ini budaya Barat semakin deras mempengaruhi golongan  muda tetapi mereka perlu menolak kegiatan-kegiatan yang tidak sihat termasuk kelakuan yang melampaui norma-norma kehidupan dan perbuatan yang bertentangan dengan peraturan-peraturan di negara ini.

“Kita sering melihat paparan melalui media sama ada media elektronik dan media cetak berlaku jenayah dalam keluarga seperti kes rogol, sumbang mahram, bunuh, pergaduhan dan sebagainya kerana ia berpunca daripada penyalahgunaan dadah dan keruntuhan akhlak” katanya semasa berucap merasmikan “Community Policing” “Polis dan Masyarakat Berpiasah Tiada” di pandang bandaran di sini pada Ahad.

Justeru itu katanya, golongan muda pada hari ini perlu mendapat ilmu yang secukupnya termasuk mendalami ajaran agama yang dianuti sebagai benteng pertahan diri untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran gejala sosial yang tidak sihat dan meruntuhkan akhlak.

“Mendalami ajaran agama tidak kira apa agama yang dianuti adalah amat penting kerana setiap agama di dunia ini tiada ada satupun yang mengajar kejahatan” tegasnya.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan