Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jasni terima empat anugerah hadiah sastera DBP

4:49pm 29/10/2016 Leolerry Lajius 20 views Kota Kinabalu,Tempatan
Menang 4 kategori, Jasni Matlani (depan, kanan) menerima hadiah daripada Tun Juhar (dua dari kiri).-PENERANGAN

Menang 4 kategori, Jasni Matlani (depan, kanan) menerima hadiah daripada Tun Juhar (dua dari kiri).-PENERANGAN

KOTA KINABALU  :  Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Jasni Matlani antara 24 pengkarya sastera tempatan menerima Hadiah Sastera Dewan Bahasa Pustaka 2014/2015.

Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2015 itu juga memenangi empat anugerah bagi Kategori Cerpen Eceran menerusi karyanya iaitu “Balqis Dan Mimpi Jerusalem”, Wadah, Disember 2015; Kategori Novel Dewasa, “Pulau Tanpa Cinta”, DBP, 2014; Kategori Kumpulan Carpen “Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Gingko”, ITBM, 2015 dan Kategori Kumpulan Puisi, “Dongeng Pekebun” ITBM, 2015.

Bagi hadiah sastera bagi Kategori Puisi Eceren pula, penerimanya terdiri daripada Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dr Ramzah Dambul dengan karya, “Bulan Masih Terbit Rendang”, Wadah Mac 2014; Juri Durabi, “Aku Ingin Menjadi Angin”, Dewan Sastera Oktober 2014; Norjannah Mohd Adnan, “Berbicara Kepada Tuhan”, Utusan Borneo, 12 April 2015; Saibil Madun, “Berlalu Zaman”, Utusan Borneo”, 28 Jun 2015; Mabulmaddin Shaiddin,”Pengertian Akan Sebuah Sungai”, New Sabah Times, 8 Januari 2014; Marmoh Kasman, “Secebis Muhasabah”, Utusan Borneo, 26 Januari 2014; Sabahuddin Senin, “Sukmamu Di Langit Samawi, Dewan Sastera, April 2015 dan Anisul Jalis, “Zikir Kasih”, Utusan Borneo, 22 Februari2015.

Manakala bagi Kategori Esei Kritikan, dua pemenang terpilih iaitu Asmiaty Amat, ”Menulis Dengan Budaya Pascakolonial: Satu Analisis Terhadap Burung Merak”, Wadah, Mac 2014 dan Norawi Haji Kala, “Introspeksi Diri Sastri Bakri”, Wadah, Jun 2014.

Sementara itu, 10 penerima hadiah Kategori Cerpen Ecern adalah Noraini Osman, “Rahsia Emmak:Wadah, Oktober 2014; A.Karim Kadir, “Wasiat Paduka”, Harian Ekspress, 5 Januari 2014; Mohd Azrone Sarabatin, “Jelapang Di Tengah Samudera”, Wadah, Disember 2015; Nur Mustika, “Bidadari Bulan Purnama”, Wadah, Oktober 2015; Mabulmaddin Haiddin, “Dua Ekor Anjing”, Utusan Borneo, 13 Julai 2014; Sunita Sahidin,”Coretan Kecil”, Jendela Sabah, Ogos 2014; Azridah PS Abadi, “Emas Kayangan”, Wadah, Disember 2014 dan Rafi Harumin,”Sang Pemberitahu” Utusan Borneo, 9 Februari 2014.

Semua penerima menerima hadiah masing-masing berupa wang tunai dan sijil disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Datuk Mahiruddin di salah sebuah hotel kemuka di sini, malam tadi.

Hadir menyerikan Majlis Malam Bahasa Jiwa Bangsa dan Penyampian Hadiah Sastera Sabah 2014/2015 itu, isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M. Jasni.

Pada majlis tersebut juga, DBP menerima cek bernilai RM30 ribu daripada Hap Seng Plantations Holdings Berhad atas pembelian majalah dan buku-buku terbitan DBP untuk diagihkan kepada 10 sekolah di sekitar Tawau.

Turut hadir, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Datuk Abdul Adzis Abas; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Bulan Bahasa Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Lembaga Pengelola DBP, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Wences Angang.-Asmidar Zainol/PENERANGAN-

Para penerima hadiah bergambar kenangan bersama Tun Juhar (11 dari kiri) dan tetamu kehormat.-PENERANGAN

Para penerima hadiah bergambar kenangan bersama Tun Juhar (11 dari kiri) dan tetamu kehormat.-PENERANGAN

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan