Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jasad Kedua Sah Datuk Dr Sundaran

4:23pm 07/05/2016 Pak Roshan 446 views Mutakhir,Nasional
DATUK Dr Sundaran Annamalai. - Foto NSTP

DATUK Dr Sundaran Annamalai. – Foto NSTP

KUCHING – Mayat kedua mangsa nahas helikopter yang ditemui di Sungai Batang Lupar, pagi tadi disahkan Datuk Dr Sundaran Annamalai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pengesahan mayat Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu dibuat hasil padanan cap jari oleh polis selain penemuan barang peribadi pada diri mangsa.

“Proses pengecaman mangsa kedua tragedi helikopter dijalankan pada jam 11.15 pagi tadi di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak dan disahkan sebagai Datuk Dr Sundaran Annamalai.

“Jasad ketiga pula tiba di Jabatan Perubatan Forensik pada jam 2.26 petang dan pemeriksaan sedang dijalankan,” katanya kepada media di luar Rumah Mayat HUS hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Nor Hisham Abdullah. – BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan