Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jasa wira negara terus diingati

Pairin (tengah) bersama-sama orang kenamaan dan keluarga mangsa perang dalam upacara memperingati jasa wira negara yang terkoban dalam perang dunia kedua di Tugu Peringatan, Petagas. - foto Jabatan Penerangan
Pairin (tengah) bersama-sama orang kenamaan dan keluarga mangsa perang dalam upacara memperingati jasa wira negara yang terkoban dalam perang dunia kedua di Tugu Peringatan, Petagas. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Walaupun lebih 70 tahun sudah berlalu, namun jasa dan pengorbanan askar “Gerila Kinabalu”  yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua khasnya yang terkorban dalam pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jepun pada 21 Jan 1944, terus dikenang setiap 21 Januari.

Upacara memperingati mereka yang terkorban mempertahankan negeri ini ketika penaklukan tentera Jepun semasa perang dunia kedua, diadakan di Tugu Peringatan Petagas, setiap tahun.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, mendahului orang-orang kenamaan meletakkan kalungan bunga yang pertama di hadapan tugu peringatan itu.

Ini diikuti oleh orang-orang kenamaan lain termasuk Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir, Ketua Polis Bandaraya Asisten Komisioner, M. Chandra dan kenamaan lain. Seramai 324 askar Gerila Kinabalu yang diketuai oleh Albert Kwok, terkorban dalam kejadian itu.

Kesemua nama mangsa pembunuhan itu telah diabadikan pada Tugu Peringatan di Petagas bagi mengenang jasa bakti dan keberanian mereka mempertahankan kedaulatan negeri dari penjajahan Jepun. – Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan