Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jasa pasukan keselamatan tidak pernah dilupakan

1:48pm 30/06/2016 Leolerry Lajius 33 views Tempatan
Puteri UMNO Sabah menyampaikan sumbangan kuih raya kepada 100 paket kepada anggotan pasukan keselamatan di Pengkalan TLDM, Teluk Sepanggar.

Puteri UMNO Sabah menyampaikan sumbangan kuih raya kepada 100 paket kepada anggotan pasukan keselamatan di Pengkalan TLDM, Teluk Sepanggar.

Kota Kinabalu : Pergerakan Puteri UMNO Sabah menyampaikan bungkusan kuih raya kepada pasukan keselamatan iaitu Tentera laut di Raja Malaysia di Pengakalan TLDM Teluk Sepanggar.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Ketua Puteri UMNO Sabah, Normala Rasik bersama ketua-ketua UMNO bahagian-bahagian seluruh Sabah.

Normala berkata Puteri UMNO Sabah sentiasa menghargai sumbangan dan jasa pasukan keselamatan

“Puteri UMNO sabah berharap melalui sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada ang­gota keselamatan ini akan menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk berkhidmat walaupun pada musim perayaan.

“Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dan mengambil bahagian dalam majlis pem­bungkusan kuih-muih kepada pasukan keselamatan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan sumbangan kuih raya kepada Tentera Laut DiRaja Malaysia di Pengkalan TLDM, Teluk Sepanggar baru-baru ini.

Menurut Normala sumbangan kuih raya ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Puteri UMNO Sabah terhadap pasukan keselamatan khususnya anggota keselamatan yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan begitu berkesan dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Jelasnya rakyat negara ini amat bertuah kerana dapat menyambut pelbagai perayaan dalam suasana aman, damai dan sejahtera dengan adanya pasukan keselamatan yang bertugas setiap masa termasuk ketika perayaan.

“’Kita berharap dengan sumbangan ini, setidak-tidaknya dapat menggembirakan hati mereka walaupun terpaksa berada berjauhan daripada keluarga masing-masing,” ujar Normala yang juga Exco Puteri UMNO Malaysia.

“Tiada ungkapan selain ucapan terima kasih kepada pengorbanan yang dicurahkan oleh pasukan keselamatan. Pemberian ini tiada nilainya berbanding jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara kecuali ingatan tulus ikhlas dan ucapan terima kasih tidak terhingga,” katanya.

Katanya lagi, kerjasama semua pihak dalam menjayakan program pembungkusan kuih raya yang menjadi acara tradisi tahunan juga cukup dihargai.

Turut hadir sama Bendahari Puteri UMNO Sabah, Salmi Sarinoh, Ketua Puteri Umno Putatan, Daliah Mohd Zain, Ketua Puteri UMNO Sepanggar, Fadilah Sarbi, Ketua Puteri UMNO Sipitang, Suzie Hamat dan Setiuasha Kerja Puteri UMNO sabah, Norlisah Rasik./SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan