Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jasa jururawat sentiasa dihargai- Hamisa

1:10pm 12/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Tempatan
SAMBUTAN...Hamisa meraikan sambutan Hari Jururawat bersama kakitangan Hospital Tawau hari ini,

SAMBUTAN…Hamisa meraikan sambutan Hari Jururawat bersama kakitangan Hospital Tawau, hari ini.

TAWAU- Jasa dan pengorbanan jururawat yang bertugas di klinik- klinik desa, kesihatan dan hospital sentiasa dihargai, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu,  Datuk Hamisa Samat.

Menurut Hamisa, jururawat sentiasa memastikan kesihatan, keselesaan dan keceriaan kepada golongan sasar yang berada bawah jagaan mereka.

“Mereka juga perlu membahagikan masa antara tanggungjawab kepada keluarga, tugasan rasmi dan peranan dalam masyarakat,” katanya selepas menyerahkan kek di Hospital Tawau sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia, hari ini.

Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata profesion jururawat adalah profesion yang mulia.

Jelasnya, ia merupakan sebuah kerjaya yang memerlukan kesabaran dan dedikasi dan sentiasa mewujudkan sikap mementingkan kerja di atas diri sendiri.

“Pekerjaan jururawat amat bermakna kerana dapat menyumbang bakti membantu insan yang sakit mahupun ditimpa musibah dalam kesihatan. Pada hari ini kerjaya jururawat bukan disandang oleh kaum wanita sahaja tetapi juga kaum lelaki,” katanya.

Selain itu, menurut Hamisa golongan lelaki menjadi jururawat tidak salah, ini kerana walaupun mereka merupakan antara golongan ‘minoriti’ yang berkhidmat dalam bahagian tersebut, tetapi hubungan dan bidang tugas yang dilakukan adalah sama seperti jururawat wanita.

“Kewujudan mereka adakala amat diperlukan terutamanya dalam menghadapi tugas-tugas yang berat dan mencabar,”katanya.- Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan