Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jasa Gerila Kinabalu dalam ingatan

3:25pm 21/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 83 views Tempatan
Abidin meletakkan karangan bunga

Abidin memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa perang

KOTA KINABALU- Satu upacara tahunan bagi memperingati mangsa- mangsa perang telah berlansung pada hari ini di Tugu Peringatan Petagas, di sini.

Menteri Tugas-tugas Khas Negeri Sabah, Datuk Teo Chee Kang berkata upacara tersebut merupakan upacara tahunan yang telah berlansung kali ke-67 bagi memperingati pewira-pewira negara Gerila Kinabalu yang gagah menentang tentera Jepun.
“Hari ini kita bukan sahaja memperingati jasa-jasa para pewira tanah air kita namun kita patut bersyukur dan menghargai keamanan yang kita nikmati pada hari ini merupakan hasil pengorbanan para pewira tanah air”, kata Teo.
Teo yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman telah menerima tabik hormat daripada kesemua 28 kontinjen perbarisan termasuklah kontinjen Tentera Darat, Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut, Tentera Udara, Persatuan Bekas Polis Malaysia, Persatuan Veteran ATM, Sabah dan Jabatan Penguatkuasaan DBKK.

Teo meletakkan karangan bunga di hadapan tugu peringatan mangsa-mangsa perang

Disamping itu, Teo bersama dif-dif jemputan yang lain telah bertafakur selama 20 saat untuk mengenang mereka yang terkorban setelah tiupan “Last post”.
Sehubungan itu, kebanyakkan orang ramai yang hadir dalam upacara tersebut juga berkata bahawa usaha DBKK untuk memperingati mangsa-mangsa perang adalah satu usaha yang mulia.
Diantaranya ialah Suhaimi Ariffin, 56 berkata bahawa upacara sebegini boleh menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam diri setiap generasi muda kini.
“Tidak semua generasi muda masa kini tahu akan sejarah negeri Sabah sendiri. Oleh itu, melalui upacara sebegini generasi muda akan lebih menghargai perjuangan- perjuangan para pewira ketika Sabah di jajah oleh kuasa luar dan tidak akan sewenang- wenangnya mempertikaikan perjuangan para pewira”, kata beliau. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah
Teo (tengah) ditemani oleh Abidin (kiri) ke tempat khas untuk menerima tabik hormat

Teo (tengah) ditemani oleh Abidin (kiri) ke tempat khas untuk menerima tabik hormat

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan