Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JASA bertanggungjawab sebar maklumat tepat

Sapawi Ahmad (empat dari kiri) menerima cendera kenangan daripada Pengarah JASA Sabah, Manap Lakariba dalam majlis tersebut.
Sapawi Ahmad (empat dari kiri) menerima cendera kenangan daripada Pengarah JASA Sabah, Manap Lakariba dalam majlis tersebut.

KOTA KINABALU – Sehebat manapun strategi atau perancangan yang direncanakan, hasilnya tidak akan tercapai jika kualiti kerja tidak diletakkan sebagai keutamaan dan sasaran yang dikehendaki.

Exco Penerangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata, pengabaikan kualiti kerja akan membuatkan segala perancangan yang direncanakan bukan sahaja terbantut tetapi juga tidak akan memberikan sebarang makna.

“Kualiti kerja amat penting untuk diamalkan oleh kakitangan kerajaan dan seterusnya dijadikan sebagai budaya kerana amalan itu akan membolehkan segala perancangan kerajaan mencapai sasarannya,” katanya ketika berucap dalam perjumpaan khas bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, di sini hari ini.

Sapawi berkata, kualiti kerja itu juga akan menjadikan seseorang itu amanah dan telus serta bertanggungjawab dalam apa juga tugas yang diberikan termasuk dalam menjaga rahsia kerajaan.

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang memberitahu, JASA merupakan salah agensi yang menjadi harapan kepada kerajaan terutamanya dalam menyebarkan maklumat tepat kepada rakyat.

Katanya, JASA mempunyai tanggungjawab yang khusus dan istimewa dan memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat mengetahui dan memahami terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

Menurutnya rakyat memerlukan maklumat yang tepat dan benar berhubung dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

Beliau berkata ketiadaan maklumat yang tepat dan benar boleh menyebabkan rakyat mengambil keputusan untuk menerima segala dakyah dan fitnah yang digempar-gempurkan oleh pembangkang.

“Adalah penting bagi JASA memastikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat tepat dan benar…malah JASA juga perlu memperjelaskan kepada rakyat berhubung isu-isu tertentu agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang sengaja digempar-gempurkan,” katanya lagi. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan