Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JAS sentiasa pantau tahap pencemaran yang disebabkan SFI, SAMUR

2:45pm 24/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 8 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU- Jabatan Alam Sekitar Persekutuan (JAS) sentiasa memantau tahap pencemaran udara dan air hasil daripada operasi kilang kertas Sabah Forest Industry (SFI) dan Sabah Ammonia- Urea (SAMUR) di Sipitang, kata Datuk Pang Yuk Ming

Pang yang merupakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata tahap pencemaran udara yang dihasilkan kilang kertas SFI adalah dipantau berdasarkan kepada data pengukuran ‘Stack Sampling’.

” Setakat ini tahap pelepasan ke udara oleh kilang SFI adalah mematuhi syarat- syarat kelulusan laporan Environmental Impact Assessment (EIA) yang ditetapkan oleh pihak JAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Bujang (BN- Sindumin) berkenaan tahap pencemaran udara dan air hasil daripada kilang kertas SFI dan SAMUR di Sipitang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini.

Menurut Pang, status tahap pencemaran air kilang SFI mematuhi kehendak perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sepanjang tahun 2014.

” Walau bagaimanapun, berlaku ketidakpatuhan pada tahun 2015 dan tahun 2016. Kilang tersebut telah diarahkan memohon lesen pelanggaran bagi ketidakpatuhan efluen yang dilepaskan.

” Pensampelan terkini pada 21 April 2016 menunjukkan pelepasan oleh kilang tersebut adalah mematuhi had yang ditetapkan,” katanya.

Manakala bagi kilang baja SAMUR yang masih peringkat pembinaan, menurut Pang, JAS hanya memantau tahap bacaan Pepejal Terampai (Suspended Solids) yang dilepaskan dari kawasan tapak projek ke laut.

” Berdasarkan analisa parameter Pepejal Terampai dari Oktober 2014 hingga Jun 2016 mendapati nilai parameter Pepejal Terampai adalah secara keseluruhannya mematuhi standard yang ditetapkan,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan