Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Japen Sabah perlu bentuk lebih banyak K1M – Rosnah

Rosnah menyampaikan replika cek Geran Pengurusan K1M Daerah Papar kepada Ag Mahmud (kanan), sambil diperhatikan Ghulam (dua dari kanan) dan Swady (empat dari kiri).

PAPAR : Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sabah disaran membentuk lebih banyak Komuniti 1Malaysia (K1M) di daerah ini bagi menyebar luaskan fungsi badan itu kepada masyarakat.

Menurut Ahli Parlimen, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, peranan K1M amat besar demi mengukuhkan lagi perpaduan rakyat berbilang bangsa, selain berupaya menggalakkan pembangunan ekonomi menerusi industri kecil dan sederhana (IKS).

“Sebagai sebuah badan yang dinaungi kerajaan di bawah seliaan Jabatan Penerangan, K1M berperanan bertindak sebagai barisan hadapan dalam komuniti setempat bagi membantu menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan, maklumat sahih dan tepat agar minda masyarakat tidak mudah terpengaruh oleh maklumat yang dimanipulasi golongan yang tidak bertanggungjawab.

“Di sinilah letaknya fungsi K1M sebagai perantara antara rakyat dengan kerajaan dan tanggungjawab itu begitu mencabar dengan persekitaran sosial semakin kompleks serta capaian maklumat di hujung jari.

“Namun, dengan ketelusan dan keikhlasan dalam melaksanakan gerak kerja serta program-program berkualiti untuk mempertingkatkan kualiti ekonomi dan sosial masyarakat, kita mampu meyakinkan masyarakat agar terus menyokong dasar-dasar pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksana kerajaan.

“Papar memerlukan sentuhan lebih banyak K1M untuk menyebarluaskan fungsi K1M yang pada saya sangat positif dalam usaha kita untuk menerap nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika merasmikan Program Sepakat K1M Peringkat Daerah di Padang Pekan Kinarut, pada Sabtu malam.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling dalam ucapannya menyatakan K1M adalah mata dan telinga kerajaan untuk mendapatkan maklumat mengenai isu-isu peringkat akar umbi.

Beliau juga mendedahkan sehingga kini, terdapat 151 K1M ditubihkan dengan keahlian seramai 6,040 di Sabah berbanding 1,500 K1M di seluruh Malaysia.

Pada program berkenaan, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menyampaikan geran pengurusan berjumlah RM24,500 bagi K1M Daerah Papar kepada Pengerusi Permuafakatan K1M Daerah, Ag Mahmud Pg Daud.

Selain beramah-mesra dengan masyarakat setempat, beliau turut melawat pameran oleh Japen Sabah serta produk dari K1M Pengalat, K1M Kuala dan K1M Kimanis di samping menyaksikan persembahan hiburan oleh artis-artis Pentarama jabatan itu.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar merangkap Adun Kawang, Penolong Pegawai Daerah, Raimy Pg Abd Rahman dan Pegawai Penerangan Daerah, Ag Zebulbahari Ag Tusof./PENERANGAN-

Ghulam (dua dari kanan), Swady (kanan) dan Rosnah melihat parang yang dihasilkan oleh ahli K1M Kuala, Suhaili Dally (kiri).

Komen


Berita Berkaitan