Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Japen hargai sumbangan pekerja

Kakitangan Japen, Ramesh a/l SIvanathan  menerima cenderamata daripada Ketua Penolong Pengarah (BMKK) Wolis Juinik (kiri) diperhatikan oleh Almain (dua dari kiri). - foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah
Kakitangan Japen, Ramesh a/l SIvanathan menerima cenderamata daripada Ketua Penolong Pengarah (BMKK) Wolis Juinik (kiri) diperhatikan oleh Almain (dua dari kiri). – foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Penerangan Negeri Sabah sentiasa menghargai sumbangan para kakitangannya dalam melaksanakan peranan serta fungsi jabatan berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Almain Ajirul berkata, sumbangan tersebut adalah hasil usaha gigih dan pengalaman yang luas harus dikongsi dengan kakitangan baharu agar momentum kecemerlangan jabatan berterusan.

Almain berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran bahagian berkenaan di Wisma Dang Bandang, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Saprin, Ketua-ketua Penolong Pengarah dan warga Jabatan Penerangan Sabah. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan