Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jantung Luka Terkena Mesin Pemotong Besi

jantung

LONDON – Ia merupakan satu keajaiban dan dengan izinNya, seorang bapa, Mark McQuoid terselamat apabila pemotong besi yang digunakannya melantun dan terkena tiga tempat di bahagian jantung hingga mengakibatkan ia cedera..

Ketika kejadian, McQuoid yang juga seorang mekanik sedang menolong kawannya memotong besi dinding di sebuah gim.

“Mesin itu melantun dan ia terkena dada saya. Saya melihat ke dada dan mendapati hanya terdapat satu lubang sebesar jari saya pada jaket di bahagian dada.

“Kemudian saya rasakan ada yang tidak kena dan cuba bangun namun kemudiannya saya pengsan. Apabila sedar saya berada di dalam ambulans,’’ katanya.

Di hospital, doktor telah melakukan pembedahan dengan membuka dadnya dan kemudiannya menjahit jantung McQuoid dalam pembedahan yang sebelum ini menyaksikan tiada mangsa yang selamat.

“Doktor melakukan pembedahan itu dan hanya saya sahaja yang terselamat. Mereka membedah dada dan membukanya, kemudian mereka menjahit luka di bahagian jantung yang cedera.

“Saya amat berterima kasih kepada mereka dan apabila difikirkan, ia memang menakutkan,’’ katanya.

Kejadian itu juga memberi inspirasi kepada anak perempuannya yang berusia 15 tahun untuk menjadi paramedik.

Komen


Berita Berkaitan