Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jantung luar badan

AN An lahir dengan jantung di luar badannya. FOTO VCG via Getty Images
AN An lahir dengan jantung di luar badannya. FOTO VCG via Getty Images

Beijing: Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan jantung di luar badan diabaikan ibunya pada usia 110 hari sebelum dibawa ke hospital oleh orang awam yang menemuinya.

Dalam kejadian di Chongqing, China itu, budak lelaki berkenaan dilaporkan menghidap penyakit dikenali sebagai Pentalogy of Cantrell yang mengancam nyawa, namun sudah menjalani pembedahan hasil sumbangan derma penduduk tempatan yang tidak sampai hati melihat keadaannya.

Sejak itu, kanak-kanak berkenaan dijaga kakitangan perubatan di Hospital Kanak-kanak Chongqing.

Bayi dinamakan An An oleh media China itu disifatkan sebagai ‘budak baik’ oleh kakitangan hospital berkenaan.

Jururawat, Xue Yan berkata: “Dia sangat comel dan baik. Tidak menyusahkan kami langsung, malah dia tidak ubah seperti anak patung mainan kami.

Komen


Berita Berkaitan