Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,187

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Janna Nick Tak Sensitif, Buat Lawak Pasal MH370?

2:58pm 27/12/2015 Pak Roshan 426 views Aktiviti,Mutakhir

janna

NAMA pelakon yang semakin meningkat naik, Janna Nick terpalit kontroversi apabila dia dikatakan tidak sensitif memuat naik satu status mengenai kehilangan pesawat MH370.

Menonton filem Hindustan yang kini sedang hangat ditayangkan Dilwale, Janna memuat naik gambar adegan di mana pelakon utamanya, Shah Rukh Khan dan Kajol menari di atas pesawat, dengan menulis kapsyen ‘MH370 ditemui’.

janna1

Ternyata tindakannya itu memakan diri apabila peminat mula mengkritik dan menghentamnya yang mana mereka menyifatkan pelakon itu tidak sensitif dengan isu MH370.

janna2

Namun, tak lama kemudian, Janna mengambil pendekatan membuang twit tersebut dan menulis permohonan maaf di atas perbuatannya itu.

Diharapkan Janna dapat mengambil pengajaran daripada insiden ini dan akan lebih berhati-hati dalam memuat naik status di laman sosial agar tidak lagi menjadi kontroversi di kemudian hari. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan