Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JANJI SELESAIKAN KES PENCULIKAN: MAT SABU

Mat Sabu ketika ditemui selepas majlis Hi-Tea Bersama Ahli dan Penyokong Parti Amanah Negara (Amanah) di sini hari ini.Gambar SNT/Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina bersetuju untuk mengendalikan kes penculikan dua nelayan Indonesia yang diculik di perairan Sabah, baru-baru ini, secara bersama melalui saluran ketenteraan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, perkara itu dipersetujui menerusi kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat menteri pertahanan ketiga-tiga negara tersebut yang diadakan di Manila dua hari lalu.

“Kita sedang usahakan untuk membantu menyelamatkan dua nelayan tersebut dan perkara ini telah kita persetujui dalam perbincangkan yang diadakan di Manila.

“Ini urusan pihak tentera, kita tidak boleh dedahkan hal ketenteraan yang kita bincangkan itu, tetapi saya memberikan jaminan untuk mengendalikan perkara ini sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hi-Tea Bersama Ahli dan Penyokong Parti Amanah Negara (Amanah) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terbaharu penculikan dua nelayan warga Indonesia yang diculik di perairan Pulau Gaya, Semporna baru-baru ini, dipercayai dilakukan oleh kumpulan menculik untuk mendapatkan wang tebusan (KFR).

Mohamad berkata, rondaan bersama pihak tentera ketiga-tiga negara turut dipergiatkan bagi mengekang berulangnya penculikan oleh kumpulan militan.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa pihaknya belum menerima sebarang permintaan wang tebusan daripada kumpulan yang bertanggungjawab dalam kes penculikan tersebut. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan