Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Janin ditemui dalam kolam kumbahan

janin

JOHOR BAHRU – Orang awam menemui satu janin manusia di kolam kumbahan Jalan Aman, Larkin Utama di sini pada 10.45 pagi hari ini.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat dan menemui janin itu, berukuran lapan sm dan seberat 500g.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh dalam kenyataan di sini berkata, pihaknya percaya janin itu datangnya dari saluran tandas dari flat Taman Larkin yang berdekatan.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penemuan itu untuk menghubungi polis di talian hotline Ibupejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan di 07-2218999 untuk membantu siasatan.

Janin itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.  – Bernama

Komen


Berita Berkaitan