Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Janin dijumpai dalam tandas pesawat

9:59am 12/10/2016 Pak Roshan 29 views Global
 Janin dianggar berusia antara lima hingga tujuh bulan ditemui berbalut tisu tandas. - Gambar Hiasan

Janin dianggar berusia antara lima hingga tujuh bulan ditemui berbalut tisu tandas. – Gambar Hiasan

Jakarta: Satu janin ditemui dalam tandas pesawat Qatar Airways yang tiba di Indonesia dari Doha dan seorang penumpang wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah di negara Arab untuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang pekerja pembersih terkejut menemui bayi yang baru dilahirkan itu dalam tandas selepas pesawat mendarat di Jakarta.

Jurucakap polis lapangan terbang, Endang Sutrisna berkata, janin itu dianggar berusia antara lima hingga tujuh bulan dan ketika ditemui, ia berbalut tisu tandas.

Setakat ini, polis menghantar seorang penumpang wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah di negara Arab untuk pemeriksaan kesihatan sebelum dia dipindahkan ke sebuah hospital polis di Jakarta Timur.

Namun polis enggan menyatakan sama ada wanita itu ada kaitan dengan penemuan janin berkenaan atau tidak.

“Dia akan disoal siasat selepas doktor mengesahkan dia sihat untuk disoal siasat,” katanya. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan