Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan tunggu lagi

GAMBAR menunjukkan anggota Abu Sayyaf di selatan Filipina.
GAMBAR menunjukkan anggota Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Jakarta: Polis Indonesia mendesak Manila segera membuat keputusan bagi membenarkan pasukan khas Indonesia bertindak bagi menyelamatkan 10 kru kapal negara itu yang diculik militan Abu Sayyaf.

Jurucakap polis Indonesia, Anton Charliyan berkata, pihaknya menggesa kerajaan Filipina membuat keputusan secepat yang mungkin.

“Ketika ini sangat penting untuk bertindak segera. Kami menyarankan supaya menghantar askar Indonesia bagi membantu operasi menyelamat,” katanya.

Kerajaan Indonesia dilapor diminta menunggu hingga esok sementara Manila membuat keputusan mengenai operasi menyelamatkan kru berkenaan.

Kru kapal tunda Brahma 12 itu diculik selepas kapal mereka dipintas anggota Abu Sayyaf di perairan Filipina pada 26 Mac lalu.

Abu Sayyaf memberi tempoh hingga esok untuk syarikat Brahma 12 membayar wang tebusan berjumlah AS$1 juta (RM3.93 juta) sebagai syarat untuk membebaskan kru berkenaan.

Sementara itu, Anton memberitahu, kedua-dua negara berbincang mengenai cara membebaskan semua kru berkenaan dengan selamat.

“Kementerian Luar masih berbincang dengan pihak berkuasa Manila bagi melihat sama ada bilangan askar Filipina mencukupi atau perlu membawa askar dari Indonesia,” kata Anton. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan