Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan terpengaruh perjuangan timur tengah IS

Abdul Ghani menyaksikan pameran inovasi  mengenali tulisan Jawi. - foto Kalawon Sawing
Abdul Ghani (dua dari kiri) menyaksikan pameran inovasi mengenali tulisan Jawi. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Umat Islam perlu berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan as-sunnah agar mereka tidak tersesat dan terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Ketua UMNO Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, pendedahan tentang isi kandungan al-Quran untuk diamalkan dalam kehidupan khususnya generasi Islam masa kini adalah sangat penting.

Katannya,  umat Islam hari ini bukan sahaja diancam dengan hakisan nilai-nilai murni, tetapi juga budaya barat yang meresap masuk ke dalam jiwa generasi muda.

“Beberapa individu ditangkap kerana terpengaruh dengan fahaman ISIS. Mereka berlumba-lumba untuk berjuang di beberapa negara timur tengah yang sedang bergolak sedangkan perjuangan ISIS bukan berlandaskan Islam,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kecil Sook di Dewan Tan Sri Joseph Kurup, di sini semalam.

Beliau berkata, mereka menganggap bahawa perjuangan mereka adalah jihad dan mati syahid sedangkan apa yang mereka perjuangkan adalah bercanggah dengan apa yang diajar oleh Islam.

Sehubungan itu, katanya, Majlis Tilawah Al-Quran menjadi forum yang terbaik untuk mendidik diri serta anak-anak dan seterusnya mengajak masyarakat mendekatkan diri agar mencintai al-Quran.

Abdul Ghani menambah, segelintir umat Islam tidak lagi memperdulikan apatah lagi untuk mengamalkan ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan tidak lagi dijadikan sebagai bahan rujukan utama di dalam kehidupan mereka. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan