Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,521

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang

10:23am 12/03/2017 Leolerry Lajius 33 views Tawau,Tempatan

Tawau : Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat menggesa rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan taktik kotor pembangkang yang menabur pelbagai fitnah serta persepsi dan tohmahan.

 

Menurutnya, pihak pembangkang atau individu tertentu sengaja memainkan peranan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional(BN) dan membuat dakwaan untuk mengalihkan tumpuan rakyat agar menyokong usaha mereka.

 

“Pembangkang cuba melontar pelbagai fitnah untuk mewujudkan persepsi negatif dalam usaha mengalihkan pemikiran rakyat.

 

“Tohmahan yang dilemparkan menagih rakyat untuk menilai dengan bijak dan tindakan yang harus diambil bagi menangkis sebarang persepsi serta isu yang pembangkang mainkan.

 

“Sebaliknya rakyat lebih tahu menilai kebenaran yang berlaku di kawasan ini, malah mereka juga harus bijak membawa pembangkang agar bersatu membangun kawasan sini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika Program Kenduri Sekampung di Kampung Kuala Merotai, Tawau semalam. Program merupakan anjuran Pejabat Kemas Tawau Unit Pembangunan Komoniti (PKOM), Dun Tanjong Batu, Parlimen Kalabakan.

 

Dalam majlis itu turut diadakan saringan kesihatan (KOSPEN) dengan dihadiri lebih kurang 100 penduduk sekitar Kuala Merotai, Tawau.

 

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu amat yakin dengan sokongan rakyat di kawasannya untuk terus menyokong pembangunan yang dibawa serta limpahan projek dilaksanakan dan lebih bermanfaat kepada rakyat.

 

“Justeru, rakyat di negeri ini disaran sentiasa berfikiran terbuka dan lebih matang dalam membandingkan hasil pembangunan yang dibawa oleh kerajaan adalah demi manfaat rakyat keseluruhannya.

 

“Dalam pada itu kerajaan BN adalah parti yang kuat, bersatu dan sentiasa merancang keperluan rakyat. Pelbagai projek pembangunan dilaksanakan berterusan secara berperingkat-peringkat di seluruh negeri ini.

 

Tegasnya paling penting pada pilihan raya akan datang ini, kita perlu mendirikan kerajaan BN, sekali gus meneruskan agenda pembangunan berterusan kepada rakyat./SayangSabah

Setia Bersama BN….Hamisa bergambar kenangan masyarakat Kampung Kuala Merotai, di Dewan OT Ganir, Tawau.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda