Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan terpengaruh dengan fitnah pembangkang- Samsudin

SANDAKAN: Rakyat khususnya di kawasan Batu Sapi diingatkan agar tidak terperdaya dengan dakyah dan fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang kepada pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, sebaliknya rakyat perlu bijak menilai fitnah dan isu yang dibawa pembangkang kerana ia sama sekali tidak berasas bertujuan mengelirukan rakyat demi meraih sokongan, lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan dapat membela masa depan rakyat selain membawa pembangunan dari semasa ke semasa.

Beliau berucap demikian pada Program Sentuhan Rakyat dan majlis penyerahan 10 buah kerusi roda kepada warga emas di enam buah kampung. Kampung tersebut ialah Kampung Karmaunting, PPR Taman Batu Sapi, Kampung Lupak Meluas, Kampung Istimewa, Taman Mawar dan Taman Mesra dalam Parlimen Batu Sapi.

Menurutnya yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi membidas pihak pembangkang hanya mampu memberikan janji-janji kosong sebaliknya tiada keupayaan untuk menunaikan janji tersebut.

Berbanding kerajaan BN yang selama ini terbukti mempunyai rekod baik dalam membela nasib rakyat selain berjaya membawa pembangunan ke sesebuah kawasan yang dapat dinakmati rakyat keseluruhannya.

“’Jangan mudah diperbodohkan oleh mereka kerana harapan pihak tersebut hanya mahu penduduk kaum Iban dari kawasan pedalaman memberi sokongan politik terhadap mereka selepas ini.

”Jika rakyat memikirkan sejenak apakah tujuan mereka menggembar-gemburkan isu tertentu khususnya tanah, sudah pasti ia hanya bersandarkan kepada politik semata-mata dan tidak lebih daripada itu,” katanya.

Tegas Samsudin, kerajaan melakukannya (pembangunan tanah) demi meningkatkan taraf hidup penduduk itu sendiri dan bukannya seperti golongan tertentu yang hanya pandai melemparkan isu sehingga memecah-belahkan pemikiran penduduk demi kepentingan politik masing-masing.

Jelasnya, sebagai contoh, di kawasan Batu Sapi pelbagai pembangunan yang telah dilaksanakan kerajaan untuk rakyat antaranya Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi dan Lintas Sibuga,  jaringan jalan raya, gelanggang futsal untuk golongan belia selain pembinaan rumah ibadah Masjid Wassatiyah dan banyak lagi pembangunan.

Dalam pada itu,  Samsudin yang juga Pengerusi BN Batu Sapi sekali lagi menyeru rakyat agar memperkukuhkan perpaduan dan memberi sokongan padu kepada siapa sahaja calon BN di kawasan itu yang akan bertanding pada PRU-14.

Jelasnya,  ia bagi memastikan kawasan Batu Sapi terus menjadi kubu kuat yang akan menyumbang kepada kemenangan BN pada PRU14.

Pada majlis berlainan, Samsudin turut merasmikanProgram Sayangi Hidup Elakan Derita Selamanya, anjuran, AADK Sandakan, di SMK (A) Tun Juhar Sandakan, Program Pemimpin Bersama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Sabah di Gelangang Futsal, Taman Poh Hing, Batu Sapi dan Program Sentuhan Kasih, dgn menyampaikan bantuan berupa keperluan dapur kepada warga emas di Kg. Tabah Baru Batu Sapi, Sandakan. /SayangSabah

Samsudin menyampaikan bantuan kerusi roda kepada salah seorang penerima.

Komen


Berita Berkaitan