Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,686

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan Terpengaruh Dakyah Burukkan Pasukan Keselamatan – MPSS

7:36pm 08/08/2016 Pak Roshan 24 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Mohd Zaki Harry Susanto

Mohd Zaki Harry Susanto

KOTA KINABALU : Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS) menasihatkan masyarakat Suluk tempatan Sabah tidak mudah terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak yang cuba memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara.

Setiausaha MPSS Mohd Zaki Harry Susanto berkata masyarakat berkenaan perlu terus memberi sokongan kepada usaha berterusan pihak berkuasa, terutama dalam memastikan kesejahteraan serta keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Justeru, beliau berkata masyarakat khususnya masyarakat Suluk tempatan Sabah harus menolak fitnah tersebut dan tidak menerima maklumat tanpa sebarang bukti kukuh

“Saya berani memberi jaminan tiada sebarang kezaliman dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap masyarakat Suluk di Sabah.

“Apa berlaku ialah pasukan keselamatan menggunakan ‘kekerasan munasabah’ sesuai dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya pasukan keselamatan menggunakan kekerasan kepada masyarakat Suluk ketika menjalankan operasi, terutama dalam membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Pada masa sama, Mohd Zaki meminta masyarakat Suluk turut memainkan peranan sebagai ‘mata, telinga dan mulut’ kepada pasukan keselamatan serta tidak sesekali bersekongkol dengan PATI.

“Jika kita mahu hidup dengan sejahtera, kita perlu membantu pihak berkuasa dan tidak hanya meletakkan soal keselamatan di bahu mereka.

“Kita perlu menyampaikan apa jua maklumat diketahui agar perancangan strategik boleh dibuat dan dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan