Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan Terpedaya GST Konon Akan Naik – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pakatan pembangkang yang memfitnah kononnya kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan kepada sembilan peratus sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Justeru Perdana Menteri mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan fitnah jahat tersebut yang disifatkannya sebagai pembohongan besar oleh pihak pembangkang. 

Beliau sebaliknya menegaskan GST, yang berkuat kuasa pada 1 April 2015, kekal pada kadar enam peratus.

“Mereka sebenarnya janjikan pengembalian SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) 10 + 6%. Pada 9 Mei kalau undi Harapan, 10 Mei mereka laksanakan. Tanyalah mereka,” katanya yang turut memuat naik gambar memaparkan fitnah berkenaan di laman Twitternya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan