Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,688

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan terpedaya dengan parti baru

6:47pm 26/10/2016 Leolerry Lajius 135 views Beaufort,Politik,Tempatan
Musa (tengah) mendengar penerangan daripada Ketua Penolong Pengarah Pembentungan Edward Lingkapo ketika melawat loji berkenaan.

Musa (tengah) mendengar penerangan daripada Ketua Penolong Pengarah Pembentungan Edward Lingkapo ketika melawat loji berkenaan.

BEAUFORT: “Jangan terpedaya dengan penubuhan parti baru.”

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman ketika berucap sempena Majlis Perasmian Mini Estet Sejahtra (MESEJ) Kampung Mentenior, di sini, hari ini.

“Bolehkah parti baru ini menandingi pencapaian Barisan National, kerana kita mempunyai bukti bahawa kita telah melakukan yang terbaik untuk rakyat.”

“Kemudahan seperti sekolah, hospital, jalan raya dan pelbagai lagi kemudahan yang lain telah kita sediakan untuk kegunaan rakyat,”katanya.

Musa menoreh getah sebagai gimik perasmian MESEJ berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa menoreh getah sebagai gimik perasmian MESEJ berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Beliau turut menyatakan, hubungan baik kerajaan negeri dan kerajaan pusat juga memberikan kesan baik kepada negeri ini.

“Melalui hubungan baik ini, bagi projek yang memerlukan perbelanjaan yang besar Kerajaan Pusat akan sentiasa membantu kita,”katanya.

Tambah beliau, program turun padang merupakan satu platform yang berkesan untuk melihat permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

“Ini cara kita, dengan aktiviti turun padang kita akan dapat melihat permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.”

“Dengan pelaksanaan MESEJ ini, kita juga mampu memberi peluang kepada ketua isi rumah untuk menjana pendapatan bulanan kerana jika mereka hanya diberikan tanah kemungkinan mereka tidak akan dapat memajukannya kerana kos untuk memajukan tanah memerlukan kos yang tinggi,”katanya.

MESEJ berkenaan melibatkan seramai 33 ketua isi rumah yang berdaftar dengan e-Kasih dengan keluasan 100 ekar yang ditanami dengan getah.

Terdahulu beliau turut menghadiri taklimat pembangunan Daerah Beaufort di Pejabat Daerah Beaufort dan turut membuat lawatan ke Loji Pembentungan Daerah Beaufort serta ke Masjid Cahaya Iman Membakut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Musa (tengah) ketika sesi taklimat di Pejabat Daerah Beaufort.

Musa (tengah) ketika sesi taklimat di Pejabat Daerah Beaufort.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan