Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan Terpedaya Anasir Luar Yang Cuba Gugat Keharmonian Rakyat Sabah

perwakilan umno ranau

RANAU– Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini mengingatkan anggota Umno supaya tidak terpedaya dengan anasir-anasir luar yang cuba mengganggu gugat suasana aman dan harmoni yang kini dikecapi rakyat Sabah meskipun mereka terdiri daripada pelbagai suku kaum dan kepercayaan agama.

Katanya suasana hidup aman dan makmur yang dikecapi penduduk Sabah kini mendapat pujian pihak luar sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan Sabah sebagai model terbaik untuk menggambarkan suasana kehidupan di bawah konsep 1Malaysia.

“Kita dalam Barisan Nasional menghormati semua agama. Kita tidak perkecilkan agama-agama lain,” kata beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ranau di sini hari ini.

Mengambil contoh keluarganya sendiri, Musa berkata walaupun dia seorang yang beragama Islam namun ramai keluarganya adalah bukan beragama Islam tetapi hubungan kekeluargaan mereka tetap kukuh dan terpelihara.

Sementara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun mengingatkan anggota Umno di semua peringkat supaya tidak melaga-lagakan pemimpin kerana perbuatan sedemikian memberi kesan buruk kepada perpaduan dan keutuhan parti.

Masidi yang juga Ketua Umno Bahagian Ranau berkata anggota dan pemimpin Umno sepatutnya menumpukan perhatian terhadap usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan memberi dokongan dan sokongan kepada kepimpinan sedia ada kerana kesudahannya lebih baik untuk rakyat, parti dan anggota parti sendiri.

“Janganlah kita pertikaikan atau melaga-lagakan pemimpin kita. Jangan memberi (mengeluarkan) kata-kata seolah-olah ada calon yang lebih baik. Soalnya bukan ada calon yang lebih baik, rezeki belum ada. Sebagai orang Islam, kita mesti faham ini. Kita boleh bekerja keras, tetapi sama ada kita dapat jawatan (atau tidak) adalah soal rezeki.”

Masidi percaya kepimpinan itu adalah amanah dan tugas yang dilaksanakan sebagai ibadah dan sekiranya ianya dilaksanakan dengan niat kerana Allah, Allah akan merestui perjuangan pemimpin itu dan membantunya mencapai matlamat perjuangannya.

Komen


Berita Berkaitan