Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan terlalu taksub tukar kerajaan -Samsudin

SANDAKAN: Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu Sapi, Datuk Samsudin Yanya mengingat masyarakat  di daerah Sandakan khususnya generasi muda tidak terlalu taksub dan percaya bahawa hanya perubahan dalam pemerintahan negara akan dapat mengubah keadaan hidup mereka.

Beliau berkata, golongan ini ingin melihat perubahan pentadbiran kerajaan semata-mata kerana percaya janji-janji pembangkang.

“Apa jua yang dikatakan oleh Barisan Nasional (BN) nampak tidak berkesan. Walaupun benar dan nyata tapi nampak tidak berkesan kerana mereka taksub dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang berbeza dengan suatu masa dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Micro Targeting Makan Malam Pemimpin Batu Sapi Bersama Pemimpin Akar Umbi di di Ibis Styles Hotel, Sandakan semalam.

Beliau yang juga Adun Sekong menambah generasi sekarang tidak mengalami keadaan negara miskin, terhad dalam peluang pekerjaan, peluang pelajaran, peluang menjadi ahli profesional dan sebagainya, menjadikan mereka tidak begitu menghargai kemajuan semasa.

“Bila kita anggap sesuatu itu sebagai perkara biasa, kita tidak begitu menghargainya. Kita menghargainya bila kita mendapat sesuatu yang tidak kita pernah dapat, tapi mereka dilahirkan di zaman negara sudah capai banyak kemajuan dan bagi mereka, ini memang keadaan biasa, dengan itu mereka tidak menghargainya,” katanya.

Katanya, ketika negara Malaysia tidak banyak pembangunan dan masih dianggap negara membangun, setiap perubahan akan dihargai, berbeza dengan orang muda sekarang yang lahir semasa negara sudah mencapai banyak kemajuan yang ketara.

Samsudin berkata, golongan sekarang juga dilihat terlalu terdedah dengan pengaruh Barat, umpamanya berhubung prinsip kebebasan, mengakibatkan mereka berpendapat keadaan sekarang masih belum cukup bebas, masih lagi tersekat dalam banyak perkara.

“Kita akan berdepan dengan pilihanraya tidak lama lagi hanya menunggu isyarat hijau untuk ‘berperang’….pemimpin kita Datuk Sri Najib Razak dan Tan Sri Musa Aman….telah berusaha untuk membangunkan bukan sahaja negara Malaysia tetapi juga negeri Sabah khususnya daerah Sandakan.

“Kedua-dua pemimpin ini (Tan Sri Musa dan Datuk Sri Najib) dilihat berusaha gigih untuk meraih kembali kepercayaan pengundi,” tegasnya.

Mengenai konsep 1Malaysia, Samsudin berkata, ia sememangnya baik dan ia memerlukan sambutan daripada semua kaum.

Katanya, kesejahteraan dan keharmonian negara selama ini ialah hasil persetujuan antara kaum untuk berkongsi kuasa, sekali gus menjauhkan keadaan huru-hara.

“Dengan itu negara dapat dimajukan, kalau hari ini masing-masing kaum hendakkan semua yang mereka tuntut, ini akan sebabkan ada kaum yang tidak puas hati, maka kestabilan negara tergugat.

“Kemajuan tidak tercapai, ekonomi tidak akan tumbuh dan kita semua tidak akan dapat nikmat pembangunan. Ini patut semua kaum faham,” katanya.

Jelas beliau Kerajaan BN dibawah kepimpinan Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak, telah meletakan Transformasi 50 dengan menyediakan pelbagai Program pembangunan ekonomi, serta model insan, sebagai landasan untuk kita bergerak kehadapan seiring dgn pembangunan Negara.

“Pelbagai bantuan telah disediakan, terutama dalam pendidikan, membuka ruang dn peluang perniagaan, bagi tujuan membasmi kemiskinan

“Dengan menyediakan BRIM, bantuan awal persekolahan, ADAM50, Susu 1Malaysia, Klinik1 Malysia dan sebagainya….kesemuanya merupakan bantuan bagi menjurus kepada membela nasib rakyat,” katanya.

Samsudin turut mengucapkan terima kasih kepada pesara kerajaan terutama guru-guru, kakitangan kerajaan Persekutuan dan negeri.

Sehubungan itu, Samsudin turut menyarankan agar kesemua yang hadir dapat mengeratkan silatullturahim demi mengukuhkan perpaduan bersama kita mendokong dan menyokong Kerajaan Barisan Nasional demi memperjuang kan bangsa, agama, dan negara.

Terdahulu Samsudin menyampaikan bantuan BRIM untuk Parlimen Batu Sapi di Dewan PPR Taman Batu Sapi, penyampaian bantuan Pusat Zakat Sabah kepada mangsa kebaakaran di Kampung Sengkee Tanah Merah Sandakan. Kesemua ketua keluarga mangsa kebakaran mendapat bantuan kewangan tunai sebanyak RM500 seorang. Beliau turut meninjau kerja-kerja pemasangan kipas gergasi untuk Masjid Wasatiyyah, Batu Sapi sumbangan beliau sebagai Adun Sekong.

Hadir sama Penolong Pengarah JASA, Batu Sapi Zulfikar Piting, Pegawai Dakwah YADIM, Sandakan, Ustaz Imam Rafaeh Enerji, Ketua Puteri UMNO Batu Sapi, Hazulizah Mohd Dani, Naib Ketua Wanita Marlinah Mustapha, Naib Ketua Pemuda Azmi Haji Jamal, Pegawai Pembangunan Luar Bandar MPS Ustaz Imran Usman,  pesara Guru, anggota Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta ahli jawatankuasa UMNO bahagian Batu Sapi dan sayap-sayap pergerakan./SayangSabah

Bantuan BRIM…..Samsudin menyampaikan bantuan brim kepada salah seorang penerima Dewan PPR Taman Batu Sapi, Sandakan.

Komen


Berita Berkaitan