Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,814

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan Tengok ‘Headline’ Saja, Baca Isinya

9:53pm 27/12/2015 Pak Roshan 21 views Mutakhir,Nasional
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, bercakap kepada media selepas merasmikan seminar bertajuk "Peranan Penjawat Awam Dalam Penyebaran Maklumat Melalui Media Sosial" hari ini. - Foto BERNAMA

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, bercakap kepada media selepas merasmikan seminar bertajuk “Peranan Penjawat Awam Dalam Penyebaran Maklumat Melalui Media Sosial” hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Tajuk berita atau ‘news headline’ sepatutnya berpaksi kepada inti pati sesebuah berita, kerana ia merupakan prinsip etika kewartawanan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tajuk berita mesti diangkat daripada ‘intro’ atau perenggan pertama sesebuah berita itu.

“Bagaimanapun, apa yang didapati sekarang, ada ‘news headline’ yang mengelirukan, tidak sepenuhnya menggambarkan kandungan berita yang ditulis malah kadangkala lari daripada isinya, laporan atau berita disensasikan, penulisan dibuat di luar konteks.

“Saya membaca suratkhabar dan melayari portal berita…rutin harian saya sejak dari dulu dan kini semestinya lagi di kementerian yang bertanggungjawab penuh ke atas media,” katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau, sskeruak.blogspot.com hari ini.

Dalam era masa kini, setiap detik banyak maklumat mengalir masuk, bermacam cerita dari pelbagai sudut penulisan atau ‘angle’ dibuat, katanya.

Salleh berkata antara media massa dan portal berita, ada perbezaan dan kelainan pendekatan, bagi menarik perhatian pembaca, dan beliau perhatikan ada kecenderungan mencari tajuk ‘news headline’ yang sensasi, kontroversi, spekulasi dan provokasi.

“News headline biasanya ditentukan oleh editor dan bukannya wartawan atau penulis yang tertera ‘by-line’ pada laporan itu, maka, pemilihan sesuatu ‘news headline’ itu bergantung kepada justifikasi dan integriti seseorang editor.

“Setiap editor mempunyai asas, cara dan pendekatan masing-masing, lazimnya editor memilih sesuatu tajuk yang dapat ‘menjual’ suratkhabar, justeru, editor akhbar atau pengendali portal berita perlu lebih berhati-hati kerana mereka bertanggungjawab penuh ke atas apa yang diterbitkan,” katanya.

Pembaca juga kena lebih berhati-hati, jangan sekadar melihat kepada tajuk atau ‘news headline’ saja kerana isi cerita kadangkala tidak sama dengan tajuknya, pembaca juga harus melakukan ‘self censorship’, katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan