Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan telan `bulat-bulat’

 

Nasir (tengah) menyampaikan sumbangan tikar sejadah dan naskah Al-Quran kepada Pengerusi Masjid, Datuk Malali Malik (dua kanan) sempena majlis Iftar Ramadan di Kampung Tagasan, Semporna.
Nasir (tengah)
menyampaikan sumbangan tikar sejadah dan naskah Al-Quran kepada Pengerusi Masjid, Datuk Malali Malik (dua kanan) sempena majlis Iftar Ramadan di Kampung Tagasan, Semporna.

SEMPORNA – Rakyat di negeri ini diajak mensyukuri nikmat keamanan dan mengukuhkan perpaduan kaum demi kemakmuran serta kesejahteraan sejagat, meskipun negara berdepan pelbagai isu ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran, rakyat seharusnya yakin keupayaan pihak keselamatan dapat menanganinya dengan baik dan berlandaskan undang-undang sedia ada.

“Kita menasihatkan penduduk dan masyarakat Islam tidak terus menelan bulat-bulat  apapun isu yang disebarkan di media sosial sebaliknya mendapatkan kesahihan daripada pihak berwajib yang bertanggungjawab,” katanya ketika berucap dalam majlis Iftar Ramadhan dan menyampaikan sumbangan Pusat Zakat Sabah (PZS) Wang Zakat bagi Zon Tagasan di sini, semalam.

Ujarnya, dalam dunia yang semakin canggih sekarang terlalu sukar untuk menentukan kebenaran sesuatu berita mahupun gambar yang disebar dalam alam maya.

Walau bagaimanapun, jelasnya sebagai rakyat yang sentiasa mendambakan keamanan hendaklah bersabar dan tidak membuat keputusan sendiri sebaliknya menyerahkan kepada pihak keselamatan. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan