Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan Tangkap Ikan Gunakan Bom – Yahya

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mengingatkan nelayan di Pulau Gaya supaya tidak terlibat dengan aktiviti menangkap ikan menggunakan bom.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata perbuatan menangkap ikan menggunakan bahan peledak berkenaan bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang tetapi juga mengancam punca pendapatan nelayan sendiri.

“Jangan menangkap ikan menggunakan bom ikan kerana banyak spesies ikan termasuk yang masih kecil akan mati. Ia juga memusnahkan batu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan. Jangan disebabkan ingin segera mendapat ikan, ikan kecil dan batu karang dimusnahkan.

Apa lagi yang akan tinggal untuk anak-anak kita pada masa akan datang,” katanya ketika berucap sempena majlis penyerahan bantuan Baitulmal negeri kepada golongan asnaf di Kampung Kasuapan, Pulau Gaya, di sini hari ini.

Sebelum itu, Yahya yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah bersama-sama masyarakat kampung berkenaan menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, Yahya mengingatkan penduduk pulau berkenaan supaya tidak mengikut jejak langkah bekas pemimpin UMNO yang sudah ‘tersesat jalan’.

Katanya penduduk di pulau berkenaan juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan pembangkang yang memperlekehkan segala bantuan kewangan kepada rakyat yang memerlukan di Sabah.

Menurut Yahya pihak pembangkang mungkin sanggup memperlekehkan bantuan berkenaan kerana mereka sudah banyak duit namun bagi rakyat kurang berkemampuan bantuan seumpama itu amat berharga kerana boleh mengurangkan beban hidup mereka.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan