Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan takut Polis

8:21pm 30/01/2016 Ann Vivien 169 views Isu Semasa,Tempatan
Douglas menyampaikan cenderakenangan kepada Hj.Yusop selepas merasmikan majlis tersebut.

Douglas menyampaikan cenderakenangan kepada Hj.Yusop selepas merasmikan majlis tersebut.

KENINGAU: Sifat takut kepada polis perlu dikikis dalam diri masyarakat setempat bagi membolehkan maklumat-maklumat kegiatan jenayah di persekitaran mereka dapat disalurkan kepada polis.

Pegawai Daerah Keningau Haji Yusop Haji Osman berkata, disebabkan sifat takut  seperti tidak melaporkan kejadian jenayah adalah antara penyumbang peningkatan peratusan indeks kejadian jenayah yang  berlaku.                                                    

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran Kawasan Bebas Jenayah anjuran Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau yang diadakan di padang Kampung Merampong dekat sini pada Sabtu.                                                      

Selain itu katanya, kerjasama masyarakat setempat juga penting tanpa adanya usaha itu sudah tentu segala apa yang diusahakan pihak polis melalui pelbagai kempen kesedaran tidak akan tercapai.

Katanya, pemilihan kampung Merampong sebagai kawasan bebas jenayah bermakna penduduk setempat di perkampungan ini perlulah berusaha dalam menjaga keamanan dan bukannya bermegah dengan perkara tersebut.  -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah               

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan