Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan siakan kemudahan pendidikan

Bung Moktar ketika menyampaikan anugreh cemerlang kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut
Bung Moktar (tiga dari kiri) ketika menyampaikan anugreh cemerlang kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut

SANDAKAN – Golongan pelajar dan ibu bapa digesa agar tidak mensia-siakan kemudahan pendidikan yang telah disediakan kerajaan demi masa depan generasi muda negara ini.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, bahawa kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dalam sektor pendidikan diberikan secara menyeluruh iaitu sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

“Kita perlu bersyukur kerana kerajaan komited menyediakan kemudahan pendidikan yang kondusif untuk dimanafaatkan oleh para pelajar khusus untuk  melahirkan modal insan cemerlang bakal pemacu proses pembangunan negara,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar-pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan di Dewan Borneo Cove, di sini hari ini.

Menurut Bung yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, sistem pendidikan negara  merupakan antara yang terbaik sehingga ramai pelajar dari luar negara memilih untuk menuntut ilmu di Malaysia.

Sehubungan itu, Bung Moktar meminta para pelajar khususnya dari kawasan Parlimen Kinabatangan agar menginsafi peranan serta tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan modal insan yang amat berharga kepada agama, keluarga bangsa dan negara. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan