Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan sewakan PPRT

Samsudin Yahya meninjau keadaan rumah PPRT yang telah siap di bina dan  berpuas hati kualiti rumah itu di Kampung Istimewa, Sandakan.
Samsudin Yahya meninjau keadaan rumah PPRT yang telah siap di bina dan berpuas hati kualiti
rumah itu di Kampung Istimewa, Sandakan.

SANDAKAN – Penerima bantuan kerajaan diingatkan supaya tidak menyalahgunakan bantuan kerajaan seperti Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebaliknya, mereka manfaatkan bantuan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, kerajaan menyediakan pelbagai bentuk skim bantuan termasuk dari bantuan rumah PPRT kepada rakyat bagi meringankan beban mereka.

”Adalah sesuatu yang amat malang jika kita sebagai rakyat tidak memanfaatkan bantuan yang diberikan. Justeru, rakyat di ini yang menerima bantuan daripada kerajaan diingatkan agar tidak menjual kepada pihak-pihak tertentu semata-mata untuk mendapatkan keuntungan singkat.

”Usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup dan ekonomi golongan miskin akan menemui kegagalan jika mereka terus berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas meninjau rumah PPRT yang siap dibina di Kampung Istimewa, Sandakan, di sini hari ini.

Samsudin yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi menjelaskan bahawa, dasar kerajaan adalah untuk menyediakan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa oleh penduduk dari semua peringkat pendapatan.

“Kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan perumahan kos rendah dan sederhana rendah supaya semua golongan masyarakat berupaya memiliki rumah.

“Bagi golongan termiskin kita bina rumah PPRT. Dasar Kerajaan ini merupakan dasar terbaik yang menjadi contoh kepada negara-negara membangun yang lain. Dengan adanya rumah yang sempurna maka akan dapat mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dikalangan masyarakat,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan