Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan sensasikan isu penguguran Muhyiddin

Samsudin Yahya
Samsudin Yahya

SANDAKAN – Barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diyakini dapat merangsang perkembangan ekonomi negara ke arah lebih baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, perancangan dan pelaksanaan yang teliti dalam tempoh jangka panjang amat penting untuk memastikan kerajaan sentiasa bersedia menghadapi krisis ekonomi negara.

“Kestabilan politik sangat mempengaruhi ekonomi negara, malah kedatangan para pelabur asing akan melihat aspek ini (politik). Saya percaya setiap pemimpin negara sentiasa mahu melakukan yang terbaik untuk memulihkan ekonomi rakyat dan negara supaya tidak membebankan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi, pihaknya percaya Najib sudah memikirkan serta membuat keputusan terbaik untuk rakyat dan negara ini.

“Saya juga menerangkan kepada ahli-ahli UMNO bahagian ini bahawa pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak dijadikan isu yang boleh mewujudkan perpecahan dalam kalangan anggota UMNO. Apa yang paling utama UMNO Batu Sapi akan memastikan kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke 14 akan datang.

“Seluruh anggota parti perlu sedar bahawa soal melantik atau menggugurkan seseorang menteri merupakan kuasa mutlak Perdana Menteri dan negara tidak akan stabil sekiranya mempunyai barisan kepimpinan yang tidak sehaluan,” jelasnya.

Samsudin menegaskan, rombakan jemaah menteri tidak harus dijadikan pencetus oleh mana-mana pihak kepada perpecahan dalam parti. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan