Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan selesa dengan gelaran kubu kuat

Nasir Sakaran (kiri) bersalaman dengan salah seorang pejuang veteren UMNO, Bakara Onong (duduk) semasa perasmian Mesyuarat Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Semporna di Inabah Kamal.
Nasir Sakaran (kiri) bersalaman dengan salah seorang pejuang veteren UMNO, Bakara Onong (duduk) semasa perasmian Mesyuarat Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Semporna di Inabah Kamal.

SEMPORNA – Ketua-ketua cawangan dan ahli-ahli UMNO diminta berwaspada dan tidak leka serta memandang remeh isu-isu yang boleh menggugat keutuhan parti.

Sebaliknya, mereka digesa agar terus mengukuhkan perpaduan serta memberikan sokongan padu kepada kepimpinan parti bagi mengelak anasir-anasir luar mengganggu gugat keharmonian dan kesepakatan yang terjalin sesama mereka.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, meskipun Semporna dikenali sebagai kubu kuat parti UMNO namun,semua ahli harus sentiasa bersatu padu dan berusaha memantapkan parti dari masa ke semasa.

“Kita juga ingin mengingatkan semua ketua cawangan mengadakan mesyuarat berpandukan peraturan dan perlembagaan parti serta sentiasa mengutamakan permuafakatan bijak,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Semporna di Inabah Kamal di sini hari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Bahagiannya, Abdul Rashid Mamun; Ketua Pemuda Bahagian, Datuk Mohd Aziz Jamman; Ketua Wanitanya, Manis Muka Dara; Ketua Puteri, Zakiah Kalipunya; ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan ketua-ketua cawangan serta pemimpin peringkat kampung dan daerah.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang menjelaskan, apa pun isu dan masalah yang timbul semasa bermesyuarat hendaklah diselesaikan secara kekeluargaan serta menyerahkan kepada penyelaras zon yang dilantik menyelaraskan mesyuarat.

UMNO Bahagian Semporna memiliki 481 cawangan dari tiga kawasan iaitu Sulabayan, Senallang, Bugaya dan akan diselaras oleh lebih 10 penyelaras yang dilantik khas memantau perjalanan mesyuarat di semua zon akan mula bermesyuarat minggu ini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan