Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan sebar spekulasi pergaduhan dua remaja

Douglas Nyeging Taong. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Douglas Nyeging Taong. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi dilaman sosial mengenai kejadian pergaduhan dua remaja lelaki warga asing di pasar malam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, pergaduhan itu disensasikan dalam laman sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengaitkan kejadian itu dengan pergaduhan warga asing dan tempatan.

“Pergaduhan itu adalah antara dua remaja warga asing menyebabkan seorang daripada mereka mengalami kecederaan di bahagian luaran” katanya kepada media ketika diminta mengulas kejadian itu.

Justeru itu katanya, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang menimbulkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

Beliau menjelaskan, perkara itu dibimbangi akan menyebabkan ketegangan dalam kalangan masyarakat jika kejadian itu diperbesar-besarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan