Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan sebar maklumat palsu

Almain (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kanak-kanak OKU dari PDK Daerah Keningau. - foto Jabatan Penerangan
Almain (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kanak-kanak OKU dari PDK Daerah Keningau.
– foto Jabatan Penerangan

KENINGAU – Ahli-ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) diminta agar tidak mudah percaya, menyebar apalagi menokok tambah fakta yang tidak sahih berkaitan sesuatu isu di laman sosial.

Sebaliknya, komuniti itu perlu mengajak masyarakat supaya bertenang dan terus memelihara serta mempertahankan kedaulatan tanah air.

Pengarah Penerangan Sabah, Datuk Haji Almain Ajirul berkata masyarakat juga seharusnya memberi ruang kepada proses siasatan ke atas isu-isu yang menjadi viral.

“Sentimen perkauman yang dimainkan pihak tertentu dalam kes pergaduhan di Plaza Lowyat baru-baru ini adalah isu yang serius dan amat kita kesali.

“Perkauman adalah isu sensitif dan kita telah memelihara keharmonian dan perpaduan kaum sejak sekian lama.

“Menerusi laman sosial, anggota jabatan dan ahli-ahli K1M boleh memainkan peranan dengan menjelaskan fakta insiden itu dan mengajak rakan-rakan di alam maya untuk tidak mengaitkannya dengan perkauman.

Anggap saja ini adalah tugasan baru yang perlu dilaksanakan demi mengekalkan perpaduan di negara kita,” katanya ketika berucap pada Program Al Mukminin Bahagian Pedalaman Atas, di salah sebuah hotel di sini, semalam.

Menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Almain berkata, ahli-ahli K1M juga harus membantu jabatan itu menyeru masyarakat agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Katanya laporan media asing, Wall Street Journal merupakan serangan terhadap kepimpinan negara ini yang dicemburui pihak luar, malah, akhbar itu juga didakwa sesetengah pihak sebagai akhbar yang pernah membuat laporan yang tidak tepat dan berunsur fitnah.

Justeru, beliau menggesa agar ahli-ahli K1M untuk terus memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri.

Pada majlis itu, Almain turut  menyampaikan sumbangan wang tunai dari pihak jabatan dan sumbangan peribadi beliau kepada lapan orang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK) Daerah Keningau.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah oleh Imam masjid Taqwa, Ustaz Kipli Yasoi dan solat Maghrib berjemaah bersama 16 buah K1M di bahagian tersebut.Keningau adalah lokasi terakhir selepas Kota Belud, Tawau, Sandakan dan Beaufort dalam penganjuran program berkenaan mengikut bahagian yang bertujuan menyuburkan semangat kerja berpasukan serta merapatkan silaturrahim antara anggota jabatan dengan ahli-ahli K1M.

Turut hadir Pegawai Daerah, Yusop Osman; Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Wasrin Jakaria; Pegawai Penerangan Bahagian Pedalaman Atas, Arthur Ting dan Pegawai Penerangan Daerah, Hendry Nurdin.- PENERANGAN

Komen


Berita Berkaitan