Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan sebar berita palsu mengenai banjir: Tawfiq

Tawfiq melihat pameran yang diadakan di program tersebut.
Tawfiq melihat pameran yang diadakan di program tersebut.

TAWAU: Rakyat negeri ini diminta tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih melalui laman media sosial mengenai situasi banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung.
Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, penyebaran berita tidak sahih bukan sahaja menyusahkan pihak bertanggungjawab malah memburukkan lagi keadaan.
“Dalam situasi bencana seperti banjir memang tidak dinafikan banyak keadaan tidak selesa berlaku, tetapi tidak perlu menjadi penyebar berita yang tidak pasti kebenarannya,” katanya ketika berucap merasmikan Program Sukaneka keluarga Kampung Batu Payung di sini kelmarin.
Tawfiq berkata, pengumuman bantuan RM500 juta kepada mangsa banjir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan langkah tepat.
“Langkah berkenaan tepat dalam usaha meringankan beban mangsa dan juga memperlihatkan keperihatinan dan kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan