Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan Salahkan Kerajaan Persekutuan Semata-mata – Ahmad Shabery

gejalasosical

KUALA LUMPUR:  Malaysia dikenali kerana kepelbagaian pusat hiburan sihat seperti taman tema dan pusat membeli-belah yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan asing, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Ini hiburan keluarga. Namun begitu ada juga yang datang sini sebab mahukan kehidupan malam yang vibrant dan tidak membawa kepada gejala sosial.

“Pusat hiburan jenis ini seperti kelab malam telah dizonkan untuk tujuan kawalan seperti tidak boleh dibuat di kawasan perumahan atau di pusat ibadat. Ini semua aspek kawalan untuk lihat sejauh mana ia dapat dikendalikan mengikut norma tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan tentang isu ‘Malaysia sebagai hab hiburan’ yang dibangkitkan Senator Khairiah Mohamed di Dewan Negara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery juga berkata Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya dipersalahkan atas isu gejala sosial yang semakin menjadi-jadi ekoran kewujudan pelbagai pusat hiburan.

Beliau berkata ini kerana tidak semua keputusan dalam mengeluarkan dan memberi lesen dibuat Kerajaan Persekutuan sebaliknya turut tertakhluk kepada keputusan sesebuah kerajaan negeri.

“Umum perlu tahu lesen pusat hiburan yang dikaitkan dengan gejala sosial dan maksiat ini, seperti kelab malam dan rumah urut, diputuskan oleh kerajaan negeri.

“Terpulang kepada mereka untuk membuat dasar. Contoh, ada negeri-negeri ini memang langsung tidak bagi atau mengeluarkan lesen kelab malam baharu, sebaliknya memperketatkan penguatkuasaan untuk membanteras gejala sosial.

“Namun pengusaha hiburan kini semakin bijak dengan menggunakan lesen asal seperti kelab malam, urut kaki dan kafe untuk menukar taktik hiburan mereka bagi menarik pelanggan sekali gus wujudnya gejala sosial dan maksiat,” katanya.

Ahmad Shabery menarik perhatian kejatuhan moral akibat gejala sosial ini perlu dilihat daripada konteks yang luas termasuk sebab dan punca ia berlaku dalam mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh.

Komen


Berita Berkaitan