Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Jangan salah pilih’- Hamisa

TAWAU: Rakyat diminta memanfaatkan peluang untuk mengundi calon yang benar-benar berwibawa bagi membela nasib dan kebajikan rakyat serta menjamin masa depan yang lebih baik.

Calon BN Dun Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat berkata, ramai di kalangan generasi muda hari ini tidak tahu bahawa mereka juga sebenarnya mempunyai kuasa penentu secara langsung kepada arah tuju politik negara.

“Menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi amat penting.

“Saya minta rakyat harus berfikiran positif agar membuat pilihan terbaik kepada diri sendiri dan untuk pembangunan di Dun Tanjong Batu dan Parlimen Kalabakan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlus Cukur Jambul dan pertandingan buaian di Tawau hari ini.

Menurut Hamisa kebaikan tersebut sebenarnya suatu yang subjektif kerana banyak perkara mungkin berlaku dalam keadaan para rakyat itu sendiri tidak sedar.

“Jika memilih calon daripada parti pembangkang yang tidak mampu berkhidmat kepada rakyat,…. bukan sahaja nanti akan gagal membela nasib golongan tidak berkemampuan, malah gagal melaksanakan program perancangan jangka panjang.

“Akibatnya nanti, rakyat di kawasan itu juga yang akan berhadapan dengan masalah, sedangkan mereka juga yang membuat keputusan,” katanya.

Hamisa turut meminta golongan muda perlu sedar bahawa pilihan raya bukan pentas untuk menguji populariti atau membalas dendam atas isu-isu peribadi tetapi lebih kepada menunai tanggungjawab membela nasib rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi muda jangan terperangkap dengan strategi pembangkang.

Tegas Hamisa hanya kerajaan BN boleh merubah taraf hidup rakyat, hanya BN mampu membawa prasarana, kemudahan asas dan melahirkan modal insan dan negara Malaysia telah diberi pengikitrafan kerana dasar-dasar pendidikan dan pemerintahan yang paling lama ./SayangSabah

Hamisa bersama masyarakat yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan