Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan salah guna wang dividen: Hamisa

8:25am 03/11/2016 Leolerry Lajius 33 views Tawau,Tempatan

 

TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat menasihatkan peserta yang menerima dividen ternakan lembu secara tunai dari kerajaan agar menggunakan wang tersebut ke arah yang boleh memberi pulangan kepada mereka.

Katanya, sebagai persiapan awal meskipun cuti sekolah akhir tahun 2016 belum bermula tetapi tidak menjadi masalah jika ibu bapa membelanjakan wang yang mereka terima itu untuk membeli keperluan atau kelengkapan anak-anak mereka yang menduduki bangku sekolah tahun depan.

“Walau pun wang tunai yang mereka terima tidak seberapa namun jika  dibelanjakan pada jalan yang betul sudah pasti boleh meringankan bebanan mereka dalam menghadapi persekolahan anak-anak tahun 2017 nanti serta lain-lain keperluan,” katanya.

Tambahnya, wang dividen ini diberikan oleh kerajaan sebagai ehsan dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang telah dikenal pasti sebagai golongan yang kurang berkemampuan  dan sebagai meringankan beban mereka.

Sehubungan itu, Hamisa menasihatkan para penerima dividen dan semua rakyat jelata di daerah ini khasnya agar terus menyokong kerajaan untuk meneruskan agenda perjuangan yang masih jauh.

“Walaupun dividen yang mereka terima iaitu RM600 setiap seorang namun, jika dibelanjakan dengan betul sudah pasti akan mencukupi keperluan harian dan selebihnya boleh membeli peralatan persekolahan anak-anak menjelang awal persekolahan tahun 2017 nanti,” katanya.

Jelas Hamisa keprihatinan kerajaan memberikan dividen kepada peserta e-kasih menunjukkan bahawa kerajaan amat komited terhadap keperluan rakyat luar bandar khasnya mereka yang telah dikenal pasti sebagai peserta yang kurang berkemampuan.

Empat keluarga di daerah Tawau telah menerima sumbangan dividen Felcra untuk peserta e-Kasih di dalam kawasan Dun Tanjong Batu.

Setiap penerima menerima sebanyak RM600 seorang iaitu hasil peladangan di kawasan mereka. Kesemua sumbangan disampaikan oleh Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat. Penerima tersebut adalah Kalawar Ajak di Kg. Ulu Murut,  Sabariah Said dari Kg. Sg. Tuda Kalabakan dan Bansa a/k Sandom Kg. Iban Merotai serta seorang lagi dari Kampung Tanjong Batu./SayangSabah

 

Hamisa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada peserta e-Kasih yang menerima dividen dividen ternakan lembu secara tunai.

Hamisa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada peserta e-Kasih yang menerima  dividen ternakan lembu secara tunai.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan