Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan salah guna bantuan persekolahan

Seorang kanak-kanak yang menyertai Program Kembali Ke Sekolah 'Jelajah Gunting Rambut’ di Mukin Tanjong Batu Laut, Tawau.
Seorang kanak-kanak yang menyertai Program Kembali Ke Sekolah ‘Jelajah Gunting Rambut’ di Mukin Tanjong Batu Laut, Tawau.

TAWAU – Bantuan persekolahan yang disalurkan kerajaan untuk membantu meringankan beban pelajar membuat persiapan persekolahan tidak boleh disalahgunakan bagi tujuan pembelian lain, selain daripada keperluan sekolah.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, ibu bapa khususnya diingatkan agar tidak menyalahgunakan bantuan kewangan anak-anak berjumlah RM100 yang diberikan oleh kerajaan.

“Bantuan itu seharusnya dimanfaatkan untuk setiap keperluan anak-anak termasuk pakaian seragam sekolah agar para pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang selesa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah ‘Jelajah Gunting Rambut’ di Mukim Tanjong Batu Laut, Tawau, di sini hari ini.

Program anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjong Batu itu disertai kira-kira 100  kanak-kanak setempat.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu menjelaskan, pendidikan merupakan perkara utama yang diberi perhatian kerajaan dalam melahirkan generasi cemerlang sekaligus dapat memimpin negara pada masa depan.

Jelas beliau, kerajaan sentiasa melakukan transformasi dalam pendidikan sejak mencapai kemerdekaan demi kebaikan rakyat khususnya generasi akan datang.

Menurutnya, salah satu usaha dilakukan ialah memperkenalkan bantuan awal persekolahan setiap tahun kepada golongan memerlukan bagi mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan