Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan salah guna bantuan kerajaan -Samsudin

SANDAKAN: Bantuan peralatan harus dimanfaat untuk keperluan mencari nafkah dan tidak harus disalahgunakan bagi tujuan mendapatkan wang secara mudah, kata Wakil Rakyat kawasan Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Jelasnya, sikap segelintir penduduk yang mencari keuntungan segera dengan menjual bantuan peralatan disumbangkan kerajaan hanya merugikan diri sendiri.

Pada masa sama katanya, ia turut menggagalkan usaha kerajaan yang ingin melihat rakyat negeri ini bebas daripada belenggu kemiskinan.

“Usaha murni kerajaan untuk melihat rakyat di negeri ini menikmati pembangunan setara seharusnya diberikan sokongan padu dan bukannya mengambil kesempatan mencari keuntungan segera yang amat merugikan.

“Kerajaan ingin melihat semua rakyat maju membangun dengan meningkatkan taraf ekonomi keluarga tanpa ada yang terlepas pandang,” katanya.

Jelas Samsudin adalah tidak adil sekiranya bantuan yang diberikan disalah guna seperti menjual bantuan tersebut ini menunjukkan rakyat tidak menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Poly Pipe kepada penduduk Kampung Bambangan, Sandakan semalam.

Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi berkata, usaha murni kerajaan BN yang ingin melihat segenap lapisan rakyat negeri ini menikmati pembangunan setara seharusnya diberikan sokongan padu dan bukannya mengambil kesempatan mencari keuntungan segera yang amat merugikan.

“Janganlah ada pihak yang mensia-siakan usaha kerajaan BN yang ingin melihat semua rakyat maju dan membangun dengan meningkatkan taraf ekonomi keluarga tanpa ada yang terlepas pandang berdasarkan laporan ketua-ketua kampong serta pengerusi JKKK setiap kampong,” tegas Samsudin./SayangSabah

Samsudin menyampaikan bantuan Poly Pipe sepanjang 2000 kaki melalui peruntukan Adun Sekong, kepada Awang Ahmad mewakili penduduk Kampung Bambangan, Sandakan.

Komen


Berita Berkaitan