Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan Sabotaj, Utamakan Perjuangan Parti

BELURAN – Semua anggota Barisan Nasional (BN) di kawasan Beluran perlu mengutamakan perjuangan parti dan tidak mensabotaj parti mahupun calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman berkata sebaliknya setiap anggota perlu mengutamakan perjuangan parti khususnya dalam menbela nasib rakyat secara keseluruhannya. 

Katanya dalam PRU14 ini, setiap anggota BN perlu membantu calon bertanding demi memastikan kemenangan BN dengan bekerja sebagai satu pasukan.

“Sungguhpun mungkin wujud perasaan marah, kecil hati mahupun terdapat masalah dalaman parti kalangan ahli, namun ia perlu diselesaikan secara baik seperti satu keluarga besar,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pantai Boring Paitan dekat sini, hari ini.

Hadir sama, calon BN kawasan Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan calon BN kawasan Dewan Undangan Negeri Sugut, Datuk James Ratib.

Musa berkata ketika ini BN sentiasa bersiapa sedia berkerja keras dengan dibantu Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus untuk memastikan BN sekali lagi diberi mandat mentadbir negara selepas PRU berlangsung.

Dalam pada itu, Musa yang juga Ketua Menteri Sabah meminta rakyat di kawasan luar bandar menolak perjuangan pembangkang yang hanya mengutamakan agenda peribadi mereka.

Katanya pemimpin parti pembangkang khususnya di Sabah merupakan mereka yang kecewa dan menjadikan parti sebagai platform untuk mencapai cita-cita peribadi. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan