Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan Risau, Cemas Pesawat TUDM Terbang Rendah – TUDM

KOTA KINABALU, 14 Nov – Orang ramai di Sabah dinasihatkan agar tidak cemas atau risau apabila melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di kawasan mereka kerana ia cuma eksesais TUDM yang bermula hari ini hingga 26 Nov depan.

TUDM dalam kenyataannya hari ini berkata Eksesais Paradise Siri 4/2017 yang berpangkalan di Pangkalan Udara Labuan itu melibatkan ruang udara Sabah dan perairan sekitarnya.

“Sepanjang eksesais ini dijalankan, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam di beberapa kawasan sekitar ruang udara Sabah yang telah digazetkan sebagai lokasi eksesais,” menurut kenyataan itu.

Antara pesawat TUDM yang terlibat dalam penerbangan rendah itu ialah SU-30MKM, Hawk, F/A-18D, C130H,KC130,CN235,EC725 dan Nuri.

Latihan itu adalah bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan