Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Jangan ragu untuk terus memilih BN sebagai kerajaan’ -Najib

Najib ketika menyampaikan ucapan dalam majlis berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

TAWAU: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyeru rakyat khususnya rakyat Sabah agar tidak ragu-ragu dalam memilih kerajaan di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan terus memilih Barisan Nasional (BN) yang telah membuktikan pencapaian cemerlang dalam meneraju kepimpinan negara.

Najib menyatakan, rakyat tidak perlu meragui lagi keupayaan BN dalam menerajui kepimpinan negara yang telah memainkan peranan besar dalam memastikan kestabilan politik dan pembangunan terus berkembang pesat di negara ini.

Dalam tempoh BN menerajui kepimpinan negara, hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan juga terus kukuh yang seterusnya membawa kepada kepesatan pembangunan dan perkembangan ekonomi di Sabah.

“Kita juga ingin mengukur siapa juga yang mampu menentukan kestabilan negara kerana kestabilan ini adalah punca kita boleh buat apa saja untuk rakyat, tanpa kestabilan politik tak mungkin kita boleh membawa pembangunan, tanpa kestabilan politik dan hubungan yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri tak mungkin kita boleh bawa kemajuan kepada negeri Sabah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau kali ke-7 di dataran bangunan Majlis Perbandaran Tawau, hari ini.

Antara etnik yang terlibat dalam festival berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Festival berkenaan yang merupakan cetusan idea mantan Menteri Belia dan Sukan Sabah Allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan merupakan platform mengetengahkan keunikan dan kekayaan kebudayaan masyarakat majmuk di Sabah.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, barisan menteri-menteri kabinet Negeri Sabah serta turut dimeriahkan dengan kehadiran ribuan masyarakat di sekitar Daerah Tawau.

Dalam pada itu, Najib turut menyatakan BN akan terus memastikan keselamatan di Sabah akan terus terjamin khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Tambah Najib, kerajaan BN pimpinannya telah membuat dasar bahawa setiap hasil negara tidak perlu disimpan sebaliknya diagihkan kepada rakyat yang memerlukan iaitu melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

“Falsafah yang saya pegang sebagai ketua kerajaan bahawa kalau hasil negara bertambah kita mesti agihkan kekayaan itu kepada rakyat, kita mesti bantu rakyat yang memerlukan.”

“Sebab itu bila saya lihat punca pendapatan kerajaan bertambah dengan pengurusan kewangan kita yang cekap dan berhemah dengan pertambahan kutipan GST dan juga cukai individu dan dan juga cukai daripada syarikat syarikat dan juga hasil-hasil yang lain saya kata sebagai sebuah kerajaan kita jangan simpan duit itu ,kita berikan bantuan kepada rakyat,”katanya./SayangSabah

Orang ramai yang membanjiri perkarangan Bangunan Majlis Perbandaran Tawau bagi memeriahkan festival berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan