Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan ragu ambil pelatih JPSM

Billy (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelatih. - foto Monica Gidong
Billy (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelatih. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Majikan yang memilih untuk mengupah para pelatih keluaran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) tidak perlu risau kerana mereka mempunyai kemahiran dan terlatih untuk berhadapan dengan karenah pelanggan.

Selain itu, program kemahiran yang majoritinya disertai oleh pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) itu di negeri ini ternyata mendapat sambutan amat menggalakan daripada golongan belia.

Pengarah JPSM, Billy Yumbod berkata, sejumlah 1,333 permohonan telah dihantar kepada JPSM di Papar pada tahun lalu, tetapi hanya 256 permohonan telah diluluskan memandangkan tempat adalah terhad.

“Bagi memperkasakan lagi program kemahiran tersebut, pihak JPSM akan menyediakan lebih banyak kelas dan tenaga pengajar dalam bidang ini pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan dan penyampaian sijil kursus Juruestetik Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, JPSM di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menggesa golongan belia wanita berkecimpung dalam bidang kecantikan dan spa yang berpotensi besar dalam memberikan pendapatan lumayan sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh.

Ini kerana, katanya, bidang kecantikan bukan sahaja boleh dijadikan sebagai perniagaan tetapi juga sebagai kerjaya menerusi kemahiran yang mereka miliki.

“Saya yakin semua peserta yang mengikuti kursus kecantikan ini mampu menjadikan bidang ini sebagai kerjaya mereka, tambahan pula industri kecantikan semakin giat dipelopori oleh usahawan tempatan, khususnya di kawasan Kota Kinabalu,” ujarnya. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan