Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jangan perjudikan masa depan dengan memilih kerajaan yang salah

SANDAKAN: Rakyat tidak harus memperjudikan masa depan dengan memilih kerajaan yang salah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14) akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu Sapi, Datuk Samsudin Yayha.

Beliau menegaskan bahawa hanya Barisan Nasional (BN) boleh memberikan kestabilan berterusan di negara ini, beliau berkata BN adalah parti kukuh yang berjuang untuk seluruh rakyat, selain memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia. Peringatan itu bukan untuk menakut-nakutkan rakyat sebaliknya berdasarkan fakta yang ada hubung kait dengan pembangkang.

“Di Malaysia, kita boleh lihat parti-parti pembangkang yang tiada perjuangan untuk rakyat, falsafah atau prinsip, malah menubuhkan parti baharu untuk kepentingan diri sendiri. Dia nak kuasai sahaja, antara mereka bergaduh siapa nak jadi perdana menteri, itu pun belum selesai lagi,” katanya semasa Majlis Penyampaian  Bantuan Awal Persekolahan  dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Mawar, Sandakan.

“Oleh itu, rakyat perlu lebih berhati-hati dalam mengundi, kepada siapa mereka undi, siapa yang mereka mahu jadikan pemimpin,” katanya.

Samsudin yang juga Adun Sekong berkata melalui kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Malaysia mencapai pelbagai kemajuan sejak lima tahun lalu.

“Transformasi negara ini adalah besar, kecepatan transformasi yang berlaku adalah yang terpantas jika dibandingkan dengan negara membangun lain dalam melaksanakan sesuatu perkara.

“Rakyat seharusnya mendapat manfaat daripada keadaan ini. Mereka perlu memberi mandat yang kuat kepada pemimpin, yang bermakna sekadar mengundi BN adalah tidak memadai. Kita memerlukan majoriti 2/3 yang baik bagi membawa lebih banyak perubahan dan bagi melihat negara berada di tahap yang berlainan dan mara ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya.

Jelas beliau kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak, bukan sahaja memjanjikan soal keselamatan dan kedaulatan negara, malah menyediakan pelbagai kemudahan bantuan seperti biasiswa dan pinjaman pendidikan untuk mempastikan dapat melahirkan generasi yang cemerlang dimasa depan.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati ibu bapa tidak menjadikan kekurangan yang ada pada keluarga, dijadikan sebagai alasan untuk tidak menghantar anak bagi melanjutkan persekolahan mereka diperingkat yang lebih tinggi, kata beliau.

Dimajlis yang sama, beliau telah menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada pihak PIBG dan mengumumkan sumbangan 100 buah kerusi plasik melalui peruntukan Adun untuk kegunaan Sekolah.

Terdahulu beliau telah melawat markas Pusat Daerah Mengundi Parlimen Batu Sapi dan Program Berselawat Bersama Syekh Rasyid Hafiz Masjid Wasatiyyah, Batu Sapi./SayangSabah

Samsudin menyumbang RM1,000 untuk tabung PIBG SK Mawar, Sandakan.

Komen


Berita Berkaitan