Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jangan percaya ‘bulat- bulat’ maklumat di media sosial- Saudah

8:54am 29/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 49 views Tempatan
Saudah (kanan) menerima cenderamata daripada Penolong Pengarah BTN Sabah, Puan Yusnilawati.

Saudah (kanan) menerima cenderamata daripada Penolong Pengarah BTN Sabah, Puan Yusnilawati.

KIMANIS- Golongan belia diingatkan agar tidak percaya ‘bulat- bulat’ maklumat yang disebarkan dalam media sosial terutama yang memburuk-burukkan pemimpin kerajaan negeri dan pusat.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kimanis, Puan Saudah Sarzaman berkata media sosial digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan pelbagai berita dan maklumat palsu.

“Banyak berita dan maklumat palsu yang tidak disahkan sumbernya disebar luas dalam media sosial terutama yang memburuk-burukkan pemimpin kerajaan.

“Justeru golongan belia perlu menyiasat, mengkaji dan menapis maklumat dan berita sedemikian dan tidak mudah terpengaruh dan mempercayainya bulat-bulat”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Cinta Negara (Halatuju Belia dan Transformasi Belia) di Aisah Dah Kimanis, dekat sini, ahad lalu.

Seminar itu disertai oleh 100 peserta terdiri daripada belia dan beliawanis dari kawasan Parlimen Kimanis.

Program itu dianjurkan oleh Persatuan Belia Seri Puteri Kimanis, Persatuan dan Kelab Belia Parlimen Kimanis dengan kerjasama Biro Tata Negara (BTN) Negeri Sabah.

Sehubungan itu, beliau menggesa persatuan-persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia agar mendekati golongan sebaya mereka untuk memberi penerangan, kefahaman dan penjelasan mengenai sesuatu isu dan dasar-dasar kerajaan.

Katanya, golongan belia mudah terpengaruh dengan maklumat dan berita sensasi yang disebar dalam media sosial terutama oleh golongan yang menentang kerajaan.

Saudah juga mengingatkan golongan belia agar melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan dan kemahiran yang tinggi agar mereka mampu bersaing dalam dunia yang sangat mencabar ini.

Katanya, melalui pendidikan dan kemahiran sahajalah mereka mampu bersaya saing dan memajukan diri ke hadapan.

Beliau berkata, kerajaan menerusi pelbagai kementerian, jabatan dan agensinya menyediakan pelbagai program dan aktiviti untuk membantu meningkatkan daya saing golongan belia.

“Generasi muda perlu merebut peluang menyertai program dan aktiviti yang disediakan kerajaan demi meningkatkan ilmu dan kemahiran diri”, tegasnya.

Sehubungan itu Saudah mengingatkan golongan belia agar terus menyokong kepimpinan kerajaan yang sedia ada sekarang.

Menurutnya, generasi belia akan rugi jika mereka memilih fahaman pembangkang yang matlamat utama mereka memburuk-buruk dan menjatuhkan kerajaan.

Sempena majlis itu, Persatuan Belia Seri Puteri Kimanis, Persatuan dan Kelab Belia Parlimen Kimanis turut menzahirkan sokongan padu mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abd.Razak.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan